eTiQa Edge
Kenapa anda perlu memilih kerjaya sebagai ejen Etiqa? Ini kerana kami melengkapkan ejen/wakil kami dengan kelebihan yang kompetitif untuk membantu mereka menyerlah berbanding yang lain. Inilah kelebihan yang dinamakan Etiqa Edge. Sebagai ejen/wakil Etiqa, anda mempunyai segala sumber dan keistimewaan yang diperlukan untuk berjaya dalam industri yang kompetitif hari ini. Dapatkan kelebihan dalam kerjaya anda bersama Etiqa Edge.
Menempa Nama & Kejayaan
Di Etiqa, kami percaya bahawa usaha gigih perlu dibalas dengan ganjaran hebat. Ejen/wakil yang berjaya melepasi sasaran jualan akan menikmati ganjaran menerusi insentif percutian ke lokasi-lokasi terkemuka di dunia. Pada Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah (ADAP), trofi, sijil dan cenderamata akan diberikan kepada ejen/wakil sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan mereka!
Sumber Pendapatan Yang Pelbagai
Menerusi setiap jualan, anda akan menikmati ganjaran tambahan dan insentif yang membantu meningkatkan pendapatan anda! Ejen/wakil yang bercita-cita tinggi pasti teruja dengan peluang menikmati pendapatan berterusan daripada pelbagai sumber sepanjang kerjaya mereka. Inilah kelebihan Etiqa Edge untuk anda.
Waktu Kerja Fleksibel


Kebebasan dan Fleksbiliti - Inilah cara baru untuk bekerja. Dengan Etiqa Edge, anda bebas menentukan jadual waktu kerja dan waktu untuk bersama keluarga juga. Nikmati kerjaya-kehidupan seimbang bersama Etiqa hari ini!
|
| |
|
Fakta | Makan Gaji | Kerjaya Etiqa |
Waktu Kerja | 9 pagi hingga 5 petang | Fleksibel |
Pendapatan | Tetap | Lebih Usaha = Lebih Pendapatan |
Kelayakan | Tinggi & Berpengalaman | Minimum SPM 5 kredit |
Latihan Kerjaya Yang Profesional
Kerjaya sebagai ejen Etiqa memberikan anda latihan dan pengalaman yang digabungkan bersama. Matlamat kami adalah untuk melengkapkan anda dengan kemahiran dan pengetahuan berkesan yang membantu anda melangkah ke hadapan. |
 |
Gandakan Pendapatan
Dengan usaha gigih, anda boleh memperolehi sejuta ringgit pertama anda dalam tempoh lima tahun! Dengan peluang-peluang yang disediakan oleh Etiqa, ejen/wakil yang bercita-cita tinggi boleh menetapkan matlamat dari sekarang untuk menempa kejayaan gemilang! |
 |
|
Capai Kejayaan Lebih Pantas
Kami di Etiqa percaya bahawa sesuatu kerjaya yang hebat seharusnya mampu menyuntik motivasi individu untuk mencapai kecemerlangan, dan memberikan ganjaran yang sewajarnya di atas setiap usaha yang dilakukan. Justeru, anda akan bermula dengan jualan secara individu. Menerusi komitmen dan kesungguhan, anda mampu mencapai status pemilik perniagaan anda yang tersendiri! |
 |
|
|
Mulakan kerjaya hebat anda bersama Etiqa. Mendaftarlah sebagai ejen/wakil Insurans atau Takaful HARI INI! |
No comments:
Post a Comment
Anda digalakan memberi komen-komen yang positif & membina.