Saturday, 16 July 2011

Hari Pertama

Alhamdulillah, syukur dan puji dipanjatkan kepada yang Maha Esa atas segala anugerah & nikmat yang telah dikurniakan selama ini. 


pertama kali menulis di dalam blog ini terasa kekok bebenar pulak, sebabnya tidak pandai menulis dengan ayat-ayat yang cantik & sedap-sedap untuk menjadi tatapan pengunjung blog ini. cuma apa yang menguatkan saya untuk menulis disini adalah untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, berita di dalam bidang takaful khusunya berkaitan eTiQa Takaful. Seperti kata kata Inspirator Konvensyen "Goal Setting" & "Marketing Power" anjuran eTiQa Takaful pada hari ini Dr. Che Muhaya, apa yang kita lakukan, tidak lain & tidak bukan semata-mata nak mendapatkan redho Allah SWT.


Sepanjang dua hari berkonvensyen di UM, PJ sungguh banyak ilmu dan pengetahun yang ditimba & dikongsi oleh para penceramah jemputan seperti Dr Irfan Khairi, Dr. Azizan Osman, En. Abd. Rahman Mt. Dali, CEO Pusat Rawatan Islam Az-zaharah, Group Agency Director (Al-Faiz Agensi) En. Zulkifli Othman & ramai lagi. dan pada saya ia sangat-sangat berguna kepada mereka yang menceburi apa jua industri. Insya-Allah, selepas ini saya akan cuba sedaya upaya berkongsi sedikit demi sedikit ilmu yang diperolehi. Moga-moga ia akan menjadi amal yang soleh & bekalan di akhirat kelak.

Semasa konvensyen berlangsung, saya dikejutkan dgn sms yang menyedihkan yang mana anak sulung kepada sahabat baik saya dimatrik PM(UKM)KP sesi 1998/99 telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya diusia kurang sebulan 3 tahun akibat kanser yang telah merebak ke ususnya. Al-Fatihah untuk adik Iman Humaira Bt Mohd Izwan Bin Abdul Aziz. Saya sempat menziarahi Izwan a.k.a Acap dirumah ibunya di batu 13 Jalan Cheras - Kajang selepas usai solat magrib tadi. Nampak wajahnya yang begitu tabah menghadapi dugaan ini. Saya sangat terharu bila dimaklumkan bahawa Acap & Lin telah bergilir-gilir mengambil cuti tanpa gaji selama setahun semata-mata untuk menjaga Iman. Sungguh besar pengorbanan mereka untuk Iman.


Sebagai peringatan kepada kita yang masih bernyawa, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar agar menjadi pengajaran supaya kita bersiap sedia menghadapinya. Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:
  1. muda sebelum tua
  2. sihat sebelum sakit,
  3. kaya sebelum miskin , 
  4. waktu lapang sebelum waktu sibuk
  5. hidup sebelum mati
Semoga hidup kita sama-sama diberkati oleh Allah SWT.


Azizone a.k.a Gjone
Penasihat & Perancang Kewangan eTiQa Takaful






No comments:

Post a Comment

Anda digalakan memberi komen-komen yang positif & membina.