Friday, 21 November 2014

Project Jasin Move

Petang tadi sempat singgah Chester Danau Desa untuk dengar taklimat tentang project Perumahan di Daerah Jasin iaitu di Cenderah. 

Chester Properties satu-satunya agensi yang dilantik secara "Exclusive" untuk membantu jualan rumah ini.

Lokasinye betul-betul di depan Sekolah Agama Tahfiz Cenderah bawah kelolaan JAIM (Jabatan Agama Islam Melaka). Dari exit tol Jasin, jaraknya lebih kurang 16Km iaitu sekitar 18min perjalanan, manakala dari Bandar Jasin sekitar 8Km atau sekitar 10min perjalanan.



Dengan harga mampu milik iaitu bermula RM 148,800 dengan build up rumah 20' x 65' & 20' x 70' memberi peluang lebih ramai orang memiliki rumah terutamanya mereka yang ingin bermastautin di Melaka atau orang tempatan (Melaka/Jasin) atau mereka yang berasal dari Jasin/Melaka tetapi buat masa ini menetap di luar Melaka.



Design 20' x 65'




Design 20'x70'


Projek ini akan membangunkan sebanyak 124 unit rumah termasuk 6 unit rumah kedai 2 tingkat. Projek ini juga telah menyediakan tapak untuk sekolah agama & surau untuk penduduk setempat.



Pemaju ini walaupun bukan nama besar seperti SP Setia, Naza TTDI, MKH, Mah Seng.. tapi merupakan pemaju yang berjaya di Melaka melalui pembangunan di mukim Serkam & Merlimau.


Thursday, 20 November 2014

RUMAH/SHOPLOT UNTUK DIJUAL


Rumah untuk dijual.. Mari Mari..
1. Single Storey CORNER, Bandar Tasik Kesuma Semenyih, Luas Rumah 2948 sqft. RM335K 
2. Double Storey Teres (Tengah), Bandar Tasik Kesuma Semenyih, Luas rumah 1345 sqft RM340K (Nego)





3. Double storey CORNER, Taman Impian Putra, Bangi (Bandar Seri Putra).
Luas Rumah 20 x 70, Tanah 50 x 70 sqft. RM750K (Nego)







4. Double Storey Semi-D (New Unit), Lagenda Height, Pajam/Nilai.
Luas 50 x 100 sqft. RM 890K (Nego).





5. Single Storey Teres (NEW), Chenderah, Jasin, Melaka.
20×70 / 20×65, Price from RM148,800




6. 2 storey Shoplot, Pelangi Semenyih, 3300sqft. Freehold, Non-Bumi.RM1.5Mil (Nego).



6. Sky Arena, Condo @ Setapak. 908sqft, rm578k. 3% deposit only. Special discount 7% + 5% bumi lot. Limited Unit Available. Hot area. Very close to KLCC.






7. Resort Apartment Cyberjaya, Lakeview Residency@Cyber Height Villa, Price - rm650K
~ penthouse cyberjaya view, freehold, 1,145 sqft, new unit


Call me Now, Azizone. 012-7412380
Real Estate Negotiator (REN)
Chester Properties Sdn Bhd.

Tuesday, 18 November 2014


eTiQa Edge


Kenapa anda perlu memilih kerjaya sebagai ejen Etiqa? Ini kerana kami melengkapkan ejen/wakil kami dengan kelebihan yang kompetitif untuk membantu mereka menyerlah berbanding yang lain. Inilah kelebihan yang dinamakan Etiqa Edge. Sebagai ejen/wakil Etiqa, anda mempunyai segala sumber dan keistimewaan yang diperlukan untuk berjaya dalam industri yang kompetitif hari ini. Dapatkan kelebihan dalam kerjaya anda bersama Etiqa Edge.


Menempa Nama & Kejayaan


Di Etiqa, kami percaya bahawa usaha gigih perlu dibalas dengan ganjaran hebat. Ejen/wakil yang berjaya melepasi sasaran jualan akan menikmati ganjaran menerusi insentif percutian ke lokasi-lokasi terkemuka di dunia. Pada Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah (ADAP), trofi, sijil dan cenderamata akan diberikan kepada ejen/wakil sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan mereka!







Sumber Pendapatan Yang Pelbagai

Menerusi setiap jualan, anda akan menikmati ganjaran tambahan dan insentif yang membantu meningkatkan pendapatan anda! Ejen/wakil yang bercita-cita tinggi pasti teruja dengan peluang menikmati pendapatan berterusan daripada pelbagai sumber sepanjang kerjaya mereka. Inilah kelebihan Etiqa Edge untuk anda. 



Waktu Kerja Fleksibel




Kebebasan dan Fleksbiliti - Inilah cara baru untuk bekerja. Dengan Etiqa Edge, anda bebas menentukan jadual waktu kerja dan waktu untuk bersama keluarga juga. Nikmati kerjaya-kehidupan seimbang bersama Etiqa hari ini!



FaktaMakan GajiKerjaya Etiqa
Waktu Kerja9 pagi hingga 5 petangFleksibel
PendapatanTetapLebih Usaha = Lebih Pendapatan
KelayakanTinggi & BerpengalamanMinimum SPM 5 kredit

 Latihan Kerjaya Yang Profesional

Kerjaya sebagai ejen Etiqa memberikan anda latihan dan pengalaman yang digabungkan bersama. Matlamat kami adalah untuk melengkapkan anda dengan kemahiran dan pengetahuan berkesan yang membantu anda melangkah ke hadapan.
Agen Etiqa - Latihan Kerjaya Yang Profesional

Gandakan Pendapatan


Dengan usaha gigih, anda boleh memperolehi sejuta ringgit pertama anda dalam tempoh lima tahun! Dengan peluang-peluang yang disediakan oleh Etiqa, ejen/wakil yang bercita-cita tinggi boleh menetapkan matlamat dari sekarang untuk menempa kejayaan gemilang!
Ejen Etiqa - Jadilah Jutawan Dalam Tempoh 5 Tahun

Capai Kejayaan Lebih Pantas

Kami di Etiqa percaya bahawa sesuatu kerjaya yang hebat seharusnya mampu menyuntik motivasi individu untuk mencapai kecemerlangan, dan memberikan ganjaran yang sewajarnya di atas setiap usaha yang dilakukan. Justeru, anda akan bermula dengan jualan secara individu. Menerusi komitmen dan kesungguhan, anda mampu mencapai status pemilik perniagaan anda yang tersendiri!
Ejen Etiqa - Capai Kejayaan Lebih Pantas


Mulakan kerjaya hebat anda bersama Etiqa. Mendaftarlah sebagai ejen/wakil Insurans atau Takaful HARI INI!



Monday, 17 November 2014

MABRUR-Pelan Haji & Umrah

MABRUR

Sempurnakan Lima Rukun Islam Anda
Sebagai salah satu rukun Islam, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap Orang Islam yang mampu mengerjakan Haji, untuk menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Sebagai satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia, Haji adalah simbolik kepada perpaduan umat Islam sebagai penyerahan kepada Tuhan. Ia adalah satu perjalanan yang indah untuk memohon keampunan, sebagai satu bentuk jihad paling mudah dan peluang untuk menebus dosa dan bermula semula dalam keadaan diri yang bersih lagi suci.

Dengan perjalanan yang penting ini, perancangan awal dan terbaik adalah perlu bagi memastikan anda telah bersedia secara mental, spiritual dan paling utama, kewangan. Mulakan perancangan sekarang untuk mencapai destinasi utama anda.
Lakukan Perbezaan ke Arah Perjalanan Spiritual Anda
Mabrur ialah pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Etiqa menyediakan One Stop Centre untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik. Kami akan membantu proses pembukaan akaun Tabung Haji tanpa bayaran dan pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar.

Pelan ini disertakan Bayaran Tunai tetap yang dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun yang berikutnya dengan Bayaran Tunai tetap sebanyak 10% akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil. Bayaran Tunai tetap ini akan dikumpulkan di dalam akaun Tabung Haji sebagai simpanan untuk memenuhi keperluan spiritual dan pelan-pelan lain anda dan yang tersayang. Pelan ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk kedua-duanya, Peserta dan Orang Dilindungi, malah anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dari 20 sehingga 30 tahun.
Manfaat Utama
  • Mula tambahkan simpanan anda

  • Nikmati Bayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi. Bayaran Tunai pertama akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun berikutnya.

    Akhir Tahun Sijil% Jumlah Asas Dilindungi
    310%
    4 to 143%
    15 to 244%
    25 to 305%
    Sub Jumlah113%
    Tambahan 10% menjelang tempoh matang10%
    Jumlah Keseluruhan*123%

    * Akhir Tahun Sijil yang tidak melebihi 30 tahun, jumlah Bayaran Tunai tetap yang diterima adalah kurang daripada 123%

    Semua Bayaran Tunai tetap akan secara automatik dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji Orang Dilindungi untuk menabung bagi tujuan menunaikan Haji atau Umrah dan pelan masa depan yang lain. Apabila mencapai tempoh matang, Bayaran Tunai tetap tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar kepada Orang Dilindungi.

  • Manfaat Matang

  • Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta
Perlindungan Komprehensif

  • Manfaat Kematian

  • Jika Orang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan DPP dari pelaburannya dan DRP, jika ada, akan dibayar.

  • Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan

  • Kami menyediakan tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah di Makkah atau Madinah.

  • Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

  • Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.

  • Manfaat Badal Haji

  • Jika berlaku perkara yang tidak diingini iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi umur 65 tahun.

  • Elaun Haji dan Umrah*

  • Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar bagi mengerjakan Haji dan Umrah. Jika Orang Dilindungi mengerjakan Haji dan Umrah pada masa yang sama, hanya elaun Haji akan dibayar. Manfaat Haji dan Umrah tidak boleh dituntut dalam tahun sijil yang sama dan dengan syarat jarak 12 bulan dan tarikh tuntutan terakhir dibuat.

  • Manfaat Ihsar*

  • Apabila Orang Dilindungi dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.

  • Elaun Penjagaan Anak*

  • Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.

    * Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar